Thursday, December 1, 2011

anniversary suprises

sedang asik lalu lalang kt belogg kawan2...tetiba dtg pakcik guard bawa  special delivery..waaaahhhh  a basket full of ma fav fruits.........si hitam manis....sungguhpun hitam dipandang manis....

isk2...lalu lalang kat belogg nak  buat cake...boring asik kek cokelat...nak try resepi len plak....sambil memblog sambil hidu wangi2 bunge...chewah.....dah hari 3...masih fresh sbb saya mandikan hari2...kikikiki

Saturday, November 12, 2011

rainbow cake class

Ha...inilah classmate yang sama - sama belaja buat  rainbow cake....hehehehehe
Inilah rupe rainbow cake yang sya decorate.....


Inilah rupa kek bial dipotong ( ni gambar kek chegu angeline ) saya punye x dan nak amik gambar....hahahaha

Wednesday, October 26, 2011

Hukum Hudud - kenapa pesalah zina perlu disebat / dirotan dari segi sains.

Di dalam badan manusia, terdapat satu system pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan system pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System). Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Deficiency Syndrome).

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.

Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel- sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum- sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang nterbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS. Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah. Wallahhualam



source from http://sesikatkehidupan.blogspot.com

Sunday, October 9, 2011

Buangkan jauh2 amarah mu itu.......

Kenapa orang suka marah2.....24 jam  suasana marah tu ada disekeliling.....agaknya koma duduk dalam icu, aman jiwa, x de orang marah, x de orang kritik, x de orang puji, x de orang benci.....amannya dapat duduk kat icu tu kan...tapi x kanla kita nak berdoa semoga dapat duduk icu dalam keadan koma....x baik doa yang bukan2...., hidup kita sebenarnya aman damai...sebab kita sendiri yang pilih semua jalan tu.( qada & qadar tu dah ditentukan )..tapi keadaan sekeliling, orang ramai, sahabat handai dan segala penghuni muka bumi ini lah yang akan mencorakkan kehidupan kita tu...ada marah, ada benci, ada suka, meluat, mengumpat.....puhh macam2 lah lagi..semuanya bergantung kepada kita juga macam mana nak cerna semua situasi itu...selagi kita ada hati yang baik...insyaallah kita akan dapat balasan yang baik...doalah sentiasa dilindungi dan rahmati oleh Allah S.W.T., 



Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.Dimensi Kata, Rasa Dan TindakanJika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Rasa KehambaanRasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.Rasa BertuhanRasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al HadisMemahami Maksud Takdir AllahMana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"Mendapat Hikmah Bila DiujiHikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Saturday, October 1, 2011

Langkawi Di hati

Pakej 3D2N Langkawi Gateway RM500 utk 2 orang.Pakej termasuk Hotel di ASEANA di pantai chenang.Island Hoping - Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding & 1 Pulau ( x ingat ).Kereta Sebuah & of cozla minyak sendiri ye...kami isi RM 30 cukup 3 hari.sempatla ke Telaga 7, Makam Mahsuri, Cable Car, Kilang Minyak Gamat, Round 1 pulau....tapi kene bawa peta tau...nanti sesat pulak....map print siap2 kat internet..banyak dah sekarang ni.x pun bawak GPS cam saya...senang tau..mase pun x terbuang sebab sebuk cari jalan...lagipun kat gps dah ada siap2 place of interest, tinggal nak pilih saje....sempatla borong coklat utk family & kawan2....Service puas hati.Saya dapat kat langkawipackage.com.
Tasik Dayang Bunting

Underwater World

Underwater World
Selamat Bercuti.......MALAYSIA TRULY ASIAAAA...............

Sayangku meow meow......

 Comel tak.....
Inila Jimmy, si bujang hensem tapi sangatla penakut...vacum takut, ayam takut mandi lagila lemau....mau tercabut kulit dicakar si bujang ensem sekor nih...aritu bawak pegi vet pun abis dia cakar doktor tu...sebab dr tu cocok bontot dia...hihihihi.Nasi baik doktor turilek jew...kalau dia saman aku abisle....berat bujang ensem ni 5kg...dan sangat kuat makan...kalau 1 bowl tu 1 malam boleh abis...dan yg palin penting bowl dia x penah kosong...sbb free time dia makan saje...tapi xpe saya sukeee tgok dia makan....berselera sungguh....
Anak dara warnaputih ni pulak nama dia bonnie...sangatla manje dan of coz nakal..panjat sane..panjat sini..semua tempat digeledahnye..geram pon ada...satu hari tu kaki dia injured entah jatuh kat mane..x perasan pulak..baru reti nak duduk diam.Tapi tu pun seminngu jela tahan....lepas baik dia start balik xtvt kesukaan dia tu....xpela dah dia minat camtu.....
                                                                        Jimmy buat muke comellllll...LUV2x

Monday, September 26, 2011

Jamuan Raya....


Selamat hari raya kepada saudara serta saudari... setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini....dasyat raya tahun sebab every week ada open house...yang lebih dasyat tu bukan 1 rumah...tapi 3 - 4 biji rumah.Memang x muat perut nak makan..jadi kite just ziarah menziarahi..orang dah jemput x baik taw x datang...tapi yang x tahannye setiap kali tuan rumah lalu disuruhnye kita tambah....hahahahaha...kalau ikutkan nafsu mmg seme pun nak rasa n makan...tapi ikut rasa binasa...jadi berpada2...walaupun dah sedaya upaya nak berpada2...masih perut kejang gak, penangan open house mmg terbaik...terima kasihla kepada sahabai handai dan saudara mara yang menjemput...:).Jamuan raya kat opis lain pulak...walaupun sederhana je..tapi meriah...meriah sebab ade suare2 yang tidak beraudio...hahahaha..nama pun dah karaoke..bukan petandingan vokal...jamuan raya nila masenye nak bersantai2...berjimba2..bersuka ria..huuuu bila mase lagi kan.Tapi rasanye sepanjang jamuan raya yang dialami x dela pulak sesi maap bemaapan yeee...kekekeke, lupa dah semua tentang tu, sebuk makan, menyanyi..melalak...menari...kekenyangan..tido...zzZ....Isk2 kalau raya 2 bulan ade yang betukar jadi badak air...hahahaha...sini je la dulu....jaghe2 :>

Monday, September 5, 2011

BPA @ Bisphenol-A yang yang MERBAHAYA...

Salam aidilfitri...ingat kali ni nak cerita pasal Aidilfitri tapi ada topik yang lebih menarik.Ini pasal BPA @ bisphenol-A yang terdapat dalam botol plastik air yang warna warni gituw, botol susu dan kertas resit kite membeli belah..tapi yang bentuk resit yang licin ( kertas fax yg dolu2 ) punye...resit beli kita bank in duit, cucuk duit or cheque deposit.Bila kita pegang dia punye ink boleh tanggal atau lama kelamaan ink tu akan pudar dah hilang..magic2..hahahaha.Bila kita pegang resit ni pastu makan ( x basuh tangan ) dia akan mengakibatkan kesan jangkamasa panjang sama macam botol2 plastik dan botol susu budak2 ni...Kalau boleh elakkan botol yang bertanda kat bawahnya PC atau bernombor 7, selalunya botol2 jenis ni keras..lutsinar, tapi kalu dia tulis BPA free tau la..kalau botol tu lembut sikit..x berapa nak lutsinar selalunya x de BPA...

Jadi rajin2la membelek barang2 yang ingin dibeli....x salah pun kita ambil masa untuk kesejahteraan diri sendiri dan keluarga...saya dapat tahu pun sebab dulu mase buat degree ada subjek tentang Plastik dan keturunannya...siap ade lagu tema saya & kawan2 cipta sebab nak menghapal..kate Prof nasir...keturunan plastik ni confirm masuk exam...nak hafal gitu aje mmg beku otak...hahahaha...mase tu just menghafal untuk jawab periksa semata2...karang gagal x dapat nak convo ngan kawan2...malu lagi dengan org kampung...hahaha.ok sambung balik.
BPA ni pun ada kat lining makanan dalam tin...mcm sardin...laici...atau seangkatannyala..kalu boleh beli yang dibungkus kaca atau tertrapak...macam susu kotak, santan...murah pun murah...cuma kalau kaca tu mahal sikitla...tapi kalau nak tahu kaca adalah material yang walaupun kita recycle bayank kali dia tetap jadi kaca yang sama...x macam plastik dan kertas...dari yang lebih baik jadi yang paling cikai..dari kertas A4 paper dikitar semula sampai jd kertas surat kabar sampai jadi Toilet Roll...sbb tu jgn guna toilet roll utk tisu dapur...tisu dapur ada special utk dia..dan kurang bahan toksik dia...bila kita kitar semula..mcm2 bahan kimia digunakan utk bleach kertas tersebut biar putih......apehal la pulak cerita pasal kertas ni...kita sambung balik pasal plastik..sama macam plastik..dari plastik paling bagus HDPE sampaila plastik paling last..dah x boleh kitar semula dah iaitu pastik yang kita bungkus makan masa pegi bazar ramadhan..ada mcm kaler, merah, oren, kuning...
Jadi kalu kita nak panaskan makanan guna microwave elok guma ceramic ( mangkuk tanah liat ) atau bekas kaca..walaupun plastik tu tahan microwave tapi BPA dalam plastik boleh meresap masuk dalam makanan bila dipanaskan....ish2..Antara kesan sampingan BPA ni..kanser, penyakit hati, diabetis, infertility dan developmental problems.....kat Malaysia ni tahun 2012 baru nak band botol susu ada BPA ni....


Senang kita bungkus, bakar, kukus dengan daun pisang sedap2 pon sedap...jimat pon jimat..tapi mana nak cari daun pisang kalau duduk kat bandar ka...nasib baik saya duduk kampung...hehehehe :), sedapnya nasi lemak daun pisang....apela puase2 pikir pasal makanan...kurang pahala...ngeh..ngeh..mungkin sebab tu orang dolu2..umur panjang...walaupun dah berumur masih kuat dan still boleh buat kerja ringan...dengan erti kata lain cukup kaki tangan or masih boleh berjalan...tapi zaman sekarang ni macam penyakit ada..orang kata kebanyakan penyakit berpunca dari perut...ni mesti buruk lantak tolak batu dengan kayu je..hahaha...org dulu2 bungkus nasi or kuih dengan daun - daun...dari tempe, nasi lemak...onde2...x kisahla dau pisang, keladi, kelapa, mengkuang, getah..janji boleh bungkus....sekarang tempe pun bungkus dalam plastik...same la dgn tapai..x de feel langsung nak makan...

dah kene star keje balik...sampai sini dulu...jumpa lagi.....

Sunday, August 21, 2011

Berpuasa di rumah MAK

wah..seronok betul puasa kat rumah mak ni...maklumlah...x payah nak masak..bagun sahur pagi2...kire bila dapat rasa macam ni sekali sekala okey juga...rasa macam vacation from daily  routine during ramadhan...hahahaha..pemalas betul makcik sorang ni...bakan malas...tapi tea break...bosan tau asyik buat benda yang sama...macam memasak jugak...asik2 ikan goreng, muke pon berminyak macam ikan goreng...hahahaha..seronokla ade mak ngan bapak ni..x taula camne kalau diorang dah x de nanti...mesti x de tempat nak mengadu...macam ade satu kawan ni..dia dh lama x de mak...sejak sekolah menengah lagi..bila dia bercerita macam kesian pon ada...mase bujang x terasa sangat..tapi bila dah kawin, leceh sikit sebab x de tempat bertanya, nak masak makanan sedap2 pon susah..mak x sempat nak ajar..nak berpantang lepas bersalin pun susah...last2 pantang sendiri..bukan x nak pantang rumah mak mertua..tapi takut tersalah @terkasar bahasa, ade yng terkecil hati..x maula masam2 muka....kalau mak sendiri, melawan cakap pon paling2 kene cubit...kalau mak mertua...x kan dia nak cubit..dah terkecil hati...kite plak rase bersalah...susah- susah aja...ini dah mengarut cerita benda2 lain pulak..org tengah syok cerita buka puasa...hmm harini teringin buka roti canai...hahahaha...dalam sekelip mata bapak yang prihatin g beli...seronok2....macam ade wishing well kat rumah..cakap je nak makan ape..dah ada atas meja....buruk betul org tua masih buat permintaan kat mak bapak....nak buat cmne...masih belu ade rezeki nak beranak...so kita berperangai kanak2...okeyla kene sambung panggang ayam..today menu ayam percik ala kelantan...jumpa lagi

Wednesday, August 17, 2011

Antara Suka Duka & Terlebih Suka Terlebih Duka.....

Kadang2 bile bace blog org lain pasal kesah2 duka ni kite yg terEmosi lebey, walaupun org kata berat mata memandang berat lagi org yang memikul...tapi kite plak rase macam kitalah yg mengalaminye...sedeynye wey...bile kita update kesedihan kat muka buku org len yg mengambil berat tersalah paham plak...ehehehehehe...

Tapi oke ke EMOSI lebey2 ni...karang org meluat dengan kite pulak..tapi selagi x diluahkan rase macam nak nangis pon ade...susah jadi pompuan ni...sensitif..hehehehehe.

Pagi tadi pulak dapat email dari membe pasal org accident kat off shore...kesian dia hilang jejariruncing dia...tapi company dia hampeh adeke patut suruh buat claim sendiri..dah sah2 la org tu x berapa nak sehat..suruh lagi isi form kesana kemari, ade ke org kat dunia ni suke2 nak accident...klu accident 2 best macam makan eskrem x pe gak...dpt makan eskrem dapt claim lagi...apela hampeh nye company...nasib baik syarikat yg bagi company tu projek nak sponsor dia punye hospital bill...nak harap company dia,bising suh pi hospital kerajaan..bukan la hospital kerajaan tu x bagus..tapi dah kau company profit beso hantala ke private...hospital kerajaan tu bagila org yang kurang kemampuan gune...x dela pack sangat..

Tapi ikut pengalaman mmg ade org yang duit terlebey kat dunia ni tapi kedekut masih pahit nak gak g hospital gomen ni..alasan seme dr pakar de disitu dan seme ubat same je kualiti dia..tapi komplen x ingat..lembab la..slow la...alahai org tua kedekut  ni..bayar singgit tapi nak layanan cm sibu ringgit.apera..nak kedekut dengan staff aku msih bley paham...ni dengan anak cucu pun berkire kew....nk cakap kurang pandai x sesuai plak sbb gaji aku dulu dia yg sampaikan...rezeki aku Allah yang bagi.

Sambung balik kes accident tadi, sekarang orang tu pun dh tau ape akan jadi kat dia..dahla keje contract je, sah2 x sambung dengan pelbagai alasan...hmm tapi orang kata kalau tertutup 1 pintu terbuka banyak lagi pintu...tapi ni x taula ayat nak sedapkan hati or nk bagi semangat kat org yang down.Okeyla sampai sini aje, semoga berjumpa lagi..harap2 orang tu dapat claim yang beso pastu leh buka company sendiri...dan jadi majikan yang lebih baik sbb dia dh rase dah dapat majikan yang x berapa baik...

Tuesday, August 16, 2011

16 August 2011

2nd attemp buat blog sbb tepengaruh dengan blog orang lain.Kalau tulis kat FB nanti semua org yg kenal kite tau..so kite buat blog supaya kite boleh bertukar...harharhar...rase cam otromen plak...